Pages

Sunday 15 July 2012

Semut Gergasi Ciptaan Saintis



Para saintis yang mengkaji tentang kehidupan dan sejarah makhluk kecil iaitu semut berjaya mencari serum yang boleh membuatkan binatang kecil ini dapat berubah menjadi semut gergasi.

Serum yang digunakan oleh para penyelidik itu dapat mencipta semut yang bersaiz gergasi atau dikenali sebagai semut askar yang luar biasa. Pada mulanya, para saintis hanya cuba memahami bagaimana cara hidup koloni semut yang terbahagi kepada beberapa jenis. Kerana setiap semut pekerja, semut askar dan juga ratu semut.

Jika anda pernah melihat sekumpulan semut yang berjalan, maka salah seekor di antara seratus semut tersebut, terdapat seekor semut askar, semut askar mempunyai bentuk fizikal yang berbeza dengan semut lain, mereka mempunyai kepala yang lebih besar serta sesungut yang lebih keras dan kelihatan ekstrim.

Kini para saintis berjaya mencipta sekumpulan semut yang kesemuanya adalah semut askar yang mengerikan tersebut.

Para saintis tersebut mengatakan bahawa tidak lah terlalu sukar bagi mereka untuk mencipta semut padang pasir menjadi seekor semut gergasi. Cukup dengan hanya memberikan hormon khas kepada larva semut tersebut.

No comments:

Post a Comment

 

Followers