Pages

Monday 30 July 2012

Apa harus di buat?

Sungguh ya Allah,
Aku amat mencintai dirinya,
Ingin saja aku tunjukkan segala apa yang aku rasakan padanya,
Tiap saat dan detik aku teringat padanya,
Sungguh ya Allah,
Aku mencintai dirinya,
Bukan cantiknya,
Bukan kepandaiannya,
Bukan hartanya,
Bukan jua keturunannya,
Aku tertarik pada personalitinya.
Sungguh ya Allah,
Aku ingin bersamanya tiap waktuku,
Namun aku memahami,
Hatinya dalam genggamanmu,
Tidak dia juga mencintaiku,
Cintaku tidak dihiraunya,
Mungkin saja kewujudanku tidak pernah menyentuh hatinya,
Ya Allah,
Hatiku resah,
Tenangkan ia ya Allah,
Lapangkan ia Ya Allah,
Didiklah hatiku untuk menerima ketetapanmu,
Andai engkau ingin jadikan dia jodohku jauhilah aku dari melakukan dosa antaranya,
Jika dia bukan jodohku,
Buangkanlah perasaan cintaku ini jauh dari hatiku buatnya.
Sungguh ya Allah aku hanya hambamu yang lemah,
Tidak mungkin bisa berdepan prasangka dan cemburu,
Melihat keramahannya pada laki-laki lain sedangkan aku seperti tidak wujud padanya.
Sungguh ya Allah,
Aku ingin perhatiannya.

Thursday 19 July 2012

I love Ant



Di lafaz cinta kerna mencintai,
Di lafaz rindu kerna merindui,
Di lafaz benci kerna membenci,
Di lafaz sayang kerana menyangi,
Tenang dalam setiap gelora hidup,
Ayuh mengenal erti tabah,
Dalam setiap ungkapan dan lafaz,
Di semai iman di rintih redho,
Mendustai hati payah di rasa,
Mengungkap kata,
Mencari bahagia,
                Pada tiap hati yang merasa,
                Pada impian terdapat harapan,
                Terselit hikmah di balik kejadian,
                Di cinta ketetapan,
                Di cinta TUHAN.....
Meniti hari-hari dengan hati tenang,
Mengharap suatu masa kebahagiaan mendatang,
Dalam setiap liku perjalanan hidup,
Ada masa jatuh,
Ada masa menongkah,
Saat jatuh rebah tersungkur,
Terasa sakit,
Perit dan putus asa,
Hitunglah nikmat yang ada padamu,
Pasti sakit, perit dan putus asa itu seperti debu......^^’
#Kekurangan idea.....

No Matter How Powerfull You Become, Never Try To Shoulder Everything Alone

Naruto 552 - Page 6

Naruto 552 - Page 7 
Naruto 552 - Page 8
Naruto 552 - Page 9


Wednesday 18 July 2012

Dua semut berbeza

Jika nak dibandingkan,
Aku memang bukan siapa-siapa,
Engkau dengan kehidupanmu,
Aku dengan diriku,
Dua benua berbeza,
Tak mungkin pernah akan bersama,
Lautan pemisah antaranya...
Takkan pernah mungkin mengering,
Hanya kerana satu daratan ingin menjadi satu.
Sungguh ya Allah..
Aku mencintainya,
Tapi tidak mungkin aku teruskan,
Kerana aku bukan siapa-siapa,
Aku tidak punya rupa,
Aku tidak punya harta,
Bahkan aku bukan yang terbaik pada pandangannya,
Mengukir waktu dalam alam minda memang pahit di rasa bila mana tidak menyata,
Ya Allah,
Buangkanlah perasaan ini dalam hatiku,
Sungguh aku tidak mampu,
Aku tidak mampu menyimpan rasa ini,
Aku tidak mampu,
Aku tidak mampu,
Redhokan hatiku untuk menerima ini ya Allah,
Tenangkan hatiku di saat tidak di cintainya ya Allah.
Astafirullah....
Ampunkan aku ya Allah..
Bantulah aku....
Aku hamba yang tidak punya apa-apa,
Aku lemah..
Mereka jauh lebih baik dariku,
Aku hina,
Aku tidak terdaya...
Erm...

LALAT DAN SEMUT


Di sebuah bakul sampah di depan sebuah rumah, kelihatan kumpulan lalat-lalat beterbangan menikmati " kelazatan " yang ada pada sampah sarap tersebut. Kumpulan lalat-lalat ini sungguh gembira dan lupa apa berlaku di sekeliling mereka. Kebetulan seekor dari kumpulan lalat tersebut memasuki rumah pemilik tong sampah tersebut.

Lalat tersebut beterbangan dengan penoh rasa sukacita apatah lagi, ia terlihat sehidang makanan atas meja yang cukup lazat, dan si lalat memakan dengan lahabnya " Saya bosan dengan sampah-sampah, ini adalah saat untuk menikmati makanan segar ". Rungutnya gembiran. Setelah menikmati hidangan dengan kekenyangan, si lalat cuba mencari jalan untuk keluar, di kelilinginya seluruh dapur, dan seketika hinggap di cermin pintu dan dapat melihat rakan-rakan lain sedang melambai-lambai dan beterbangan untuk " join ".


Seekor semut daging memakan madu

Silalat terus mencuba untuk keluar, beterbangan hinggap dan langgar kaca pintu, sesekali melompat, menerajang pintu kaca dengan penoh semangat perbuatan itu di ulangi berkali-kali, ke kiri ke kanan, ke atas dan ke bawah akhirnya usaha itu gagal untuk " melepaskan " dia keluar, si lalat keletehan, kelaparan dan akhirnya ia terkulai " kalah " dalam perjuagan tersebut dan terkulai lemas terkapar di lantai.

Keesokan harinya, sekumpulan semut mengerumi lalat yang sudah kehilangan upaya untuk melawan sebaliknya kumpulan semut mengerumuni dan menggigat badannya, dan dengan semangat setia kawan semut menggonggong bangkai lalat ke sarang mereka. Sehingga mati lalat itu. " Ada apa yang berlaku kepada lalat ini pak? dan mengapa badannya tinggal sekerat sahaja ? " tanya si anak semut.


Lalat.

" Oh, tragedi bagini sering berlaku, ada sahaja lalat yang mati sia-sia seperti itu, walau pun mereka berjuang, berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk keluar namun hasilnya tiada malahan dia kecewa dan keletihan sehingga maut, akhirmya dia pula yang dijadikan menu untuk kita "

Semut kecil terpinga-pinga dengan penjelesan itu dan akhirnya " Aku masih tidak mengerti, bukankah lalat itu sudah berusaha keras ? Kenapa tidak berhasil ?" tanya semut kecil itu lagi.

Sambil meneruskan perjalanan dan memanggul bangkai lalat semut tua itu bersuara dengan penoh yakin " Lalat itu adalah " seorang " yang tak kenal menyerah dan telah mencoba berulang kali, hanya saja dia melakukan kerja dengan cara  yang sama " dengan mimik muka dan nada yang lebih serius semut tua itu menyambung leterannya " Ingat anak-anak muda, jika kamu melakukan sesuatu dengan cara yang sama tapi mengharapkan hasil yang berbeda, maka nasib kamu akan seperti lalat ini " sambungnya lagi "  mereka yang berjaya tidak melakukan hal yang berbeda, tapi mereka hanya melakukan dengan cara yang berbeda "

Untuk itu laksanakanlah aktiviti yang diluar kepompong kebiasaan untuk mendapatkan hasil yang baik.

Tuesday 17 July 2012

19 Hadist Rasulullah SAW Mengenai Wanita


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
“Barangsiapa mempunyai harta yang banyak, akan lama hisabnya pada hari Akhirat.” Hadits Riwayat :Imam Ahmad bin Hambal

Semua tentang cinta


Assalamua'laikum sidang pembaca yang budiman. Kali ini Semut Hitam (SH)  nak menulis sedikit tentang cinta. love, love, love.. Setiap kita ni pasti ada rasa cinta. Yang normal mahupun tidak normal. Pasti ada rasa cinta. SH teringat pada satu puisi yang ditulis oleh sahabat blogger yang lain yang berbunyi :

Cinta itu indah,

Diungkap dalam bait puisi,

Disebut dalam ayat novel,

Juga dinyanyi dalam bait lagu,

Bahkan juga dilakon menjadi drama cinta.

Sungguh, cinta adalah satu perasaan yang cukup bermakna pada hati-hati yang dalam percintaan. Tidak kira cinta sesama makluk, mungkin juga cinta sejenis. Apatah lagi cinta kepada Allah. Setiap dari kita punya pandangan yang berbeza tentang cinta dan juga punya matlamat yang berbeza bila bercinta. Sesetengah dari kita berkata :

" Cinta itu buta, dan ia mampu membutakan mata hati"

Ada juga yang berkata :

"Cinta itu membangkitkan semangat dikala rebah nya jiwa"

Ada juga yang berpandanagn bahawa :

"Cinta itu pemusnah cita-cita"

Tidak kurang juga yang menganggap cinta itu sekadar keperluan usia remaja. Meskipun begitu, cinta punya kebaikan dan juga keburukan tersendiri. Pada SH sendiri, cinta umpama dadah. Ianya bermanfaat bila diguna dengan betul dan memudaratkan bila disalah guna. Begitu juga cinta. Bila ianya dimanfaatkan sebaiknya. Kesannya juga baik kepada diri dan masyarakat. Jika sebaliknya. Sebaliknya juga kesannya. Pada hemat SH, pembaca sekalian mungkin lebih tahu tentang baik buruk bercinta. SH sendiri kurang pengalaman bab cinta. Sekadar melalui pembacaan dan juga cerita dari kawan-kawan. SH nak listkan kata-kata yang biasa SH dengar dari kawan dan melalui pembacaan kat bawah. :

Kerana cinta aku rela dalam paksa.
Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.
Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.
Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.
Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.
Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.
Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.
Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain
Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.
Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.
Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Rasanya SH mampu listkan 13 je ayat-ayat cinta yang SH selalu dengar dan baca. Erm.. Walau apapun. Biarlah cinta itu kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. InsyaAllah.. Diakhir sesuatu hubungan percintaan itu tidak terasa kecewanya. Justeru, banyakkan berdoa agar Allah mengurniakan jodoh yang terbaik buat kita.

"I PRAISE ALLAH FOR SENDING ME YOU"

 

Followers